tahu tak selfie tu ape??
2 May 2014 | Friday, May 02, 2014 | 0 Ask
Assalamualaikum, ni nak sedaghe sedaghi, nak seghite siket pasal selfie, ala, macam la tak tahi selfie tu ape, hope perkongsian ini berguna.
Selfie yang merujuk kepada perbuatan mengambil gambar sendiri menggunakan telefon pintar atau kamera web untuk tujuan dimuat turun ke laman sosial seperti facebook, instagram dan twitter, kini menjadi fenomena di seluruh dunia.

Pensyarah di Jabatan Psikologi dan Kerja Sosial, Pusat Pengajian Pembangunan Sosial, Kolej Sastera dan Sains, Universiti Utara Malaysia (UUM), Siti Azura Bahadin berkata, selfie adalah singkatan kepada gabungan perkataan potret diri sendiri (self-potrait). Dalam ilmu psikologi, remaja diklasifikasikan sebagai golongan yang mudah terpengaruh dan sedang mencari identiti diri untuk membentuk keyakinan. Mereka adalah golongan yang mudah terikut-ikut dengan kawan dan budaya yang dilihat. Mereka juga adalah golongan yang tidak pandai menangani tekanan dan akan mudah hilang kawalan diri.
Kes yang berlaku kepada seorang remaja lelaki berusia 19 tahun dari England, Danny Bowman, yang menghabiskan masa hampir 10 jam setiap hari untuk mengambil kira-kira 200 gambar selfie menggunakan telefon bimbit.Tabiat pelik yang membelenggu remaja lelaki itu yang berlarutan selama tiga tahun akhir memakan diri apabila keadaan tersebut hampir meragut nyawanya. Dia berbuat demikian kerana tidak berpuas hati dengan gambar yang diambilnya hingga menyebabkan dia mengalami penyusutan berat badan sebanyak 20 kilogram.
Di Thailand, budaya selfie yang begitu popular terutama di kalangan remaja, menyebabkan Jabatan Kesihatan Mental negara itu telah mengeluarkan amaran kepada generasi muda yang terlalu obses.Kerajaan Thailand berpendapat, sikap ini boleh menyebabkan masalah mental pada masa hadapan terutama sekali berkaitan keyakinan diri, di mana ini boleh menyebabkan kesan negatif terhadap kehidupan seharian seseorang, karier dan juga pembangunan negara.
Menurut Siti Azura lagi, memberi terlalu banyak perhatian kepada gambar sendiri yang dimuat naik ke dalam laman sosial dengan harapan mendapat jumlah like paling banyak merupakan satu petanda bahawa selfie boleh menyebabkan pelbagai jenis masalah, termasuk kemungkinan untuk hilang keyakinan diri.Keyakinan diri adalah penting kerana ia membolehkan seseorang itu berasa berpuas hati, gembira, berupaya menerima kebenaran.
Penyakit ini boleh dikaitkan dengan selfie jika kita mempunyai simptom seperti was-was dengan diri sendiri seperti penampilan, bentuk badan, riak muka, wajah dan apa-apa aktiviti diri sendiri. Ini dituruti dengan pengambilan gambar dan memuat turut dalam kadar yang sangat banyak.
Jika tabiat selfie menjadi satu penyakit yang tidak terkawal secara terus-terusan sehingga seluruh masa ditumpukan padanya, maka bantuan kaunseling boleh diberikan kepada mereka.
Tu jelah yang mampu share pasal selfie ni, jadi, korang2 yang suka selfie tu, sikit2 dah la, hahaha , macam la aku tak suka selfie kan?? same je semua, pantang jumpa camera.





